Selamat datang ke laman web TASKA Insan Cilik, Simpang, Taiping. Perak. Kami merupakan Pusat Taman Asuhan Kanak-Kanak, Institusi TASKA berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertanggungjawab dalam menerima jagaan, mendidik dan mengasuh anak-anak anda.
Yuran Tahunan termasuk kos membeli peralatan bantu mengajar, keperluan aktiviti, buku log aktiviti, insurans. Manakala, Yuran Bulan termasuk kos makanan dan lain-lain.
Kami menyediakan lebih daripada sekadar penjagaan kanak-kanak biasa; kami mencipta suasana yang selamat dan penyayang di mana anak-anak anda boleh berkembang, belajar, dan mencapai aspirasi mereka. Tambahan pula, kami menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan bantuan untuk kanak-kanak yang istimewa seperti autisme dan kelewatan pertuturan.
TASKA Insan Cilik menggabungkan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam aktiviti harian bersama penerapan nilai-nilai Islamik bagi membantu perkembangan komunikasi, sahsiah serta pembentukan akhlak kanak-kanak sejak usia awal.
Pendekatan pembelajaran di TASKA Insan Cilik dirancang secara menyeluruh merangkumi perkembangan kognitif, emosi, sosial dan fizikal melalui aktiviti bermain sambil belajar yang sesuai dengan tahap umur dan keupayaan setiap kanak-kanak.
Tenaga pengasuh di TASKA Insan Cilik terdiri daripada individu terlatih, berpengalaman serta penyayang yang memberi perhatian secara individu bagi memastikan setiap kanak-kanak mendapat bimbingan dan penjagaan yang terbaik.
TASKA Insan Cilik menyediakan makanan sihat, bersih dan seimbang mengikut menu berjadual bagi memastikan keperluan nutrisi kanak-kanak dipenuhi untuk menyokong tumbesaran dan tahap tenaga sepanjang hari.
Perkembangan kanak-kanak dipantau melalui pencapaian milestone serta pelaksanaan Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) yang disusun secara sistematik bagi merangsang perkembangan kemahiran mengikut peringkat umur.
JKM fungsi Jabatan ini adalah perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat
SSM merupakan agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam
Taska sentiasa dikunci ketika kanak-kanak berada di dalam atau luar pekarangan taska atas dasar-dasar keselamatan.
Menjadi kewajipan sebuah taska mempunyai kawalan CCTV bagi menjamin keselamatan kanak-kanak.
Aktiviti dirancang dan dijalan mengikut peringkat umur dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak
Akta ini merupakan satu dasar yang mengandungi pernyataan mengenai prinsip perlindungan kanak-kanak selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001
★
★
★
★
★
Assalamualaikum everyone..
my name is fahmi and I have a personal reviews about this lovely day care place for my son (hud ) have been this best experience almost 2 years, one of the generous pationate teaching for little kids, everyday carefully take care of my son and all kids learning about the true meaning of friendship and the all the teacher was very very humbled and always take my son's like their own son. Since I was working overseas starting this October I always missing the moment about riding motorcycles send my son's to taska insan cilik, this is the reasons my son last year school here for all people around Taiping myself recommend this day care for all parents sending your kiddos and thank you to taska insan cilik for all best time we have been through and wish this taska insan cilik will be the one of the best ones like always
Google Reviews
★
★
★
★
★
Bagi sesiapa yang masih mencari Taska utk anak2 bawah 5 tahun.This taska sgt recommended! Anak2 mudah suaikan diri sbb dikelilingi oleh cikgu2 yang cukup penyayang dan baik lagi sopan serta menawan sambil tertawan.
Parents boleh keluar bekerja dgn tenang. Masakkan dekat taska pon sedap2. Anak yg kuat complain pon xpernah complain pasal makanan.
Owner cukup humble Dan ramah. Kalau nk celebrate birthday bgtau je Cikgu2. Deco semua dorang tlg buatkan. Bagus kan? Langsung xberkira masa, tenaga Dan Wang.
Moga Taska Insan Cilik terus berjaya. Cikgu2 sentiasa dilindungi Allah Dan dipermudahkan segala urusan. Diberikan ketenangan hati
Google Reviews
★
★
★
★
★
Alhamdulillah, pengalaman di Taska Insan Cilik sangat positif. Cikgu-cikgu semua baik, lembut dan prihatin terhadap anak-anak. Terima kasih kerana sentiasa menjaga dan membimbing anak saya. Dari segi keselamatan pun saya rasa sangat yakin dan selesa dengan cara taska menguruskan anak-anak.. terima kasih cikgu
Google Reviews
★
★
★
★
★
Taska Insan Cilik menyediakan persekitaran pembelajaran yg selesa dan bersih..Persekitaran pembelajaran anak juga dijalankan dgn baik sekali..
Google Reviews
★
★
★
★
★
Anak saya seronok sepanjang berada di sini... Keadaan taska yang selesa... Bayaran yuran yang berpatutan.
Google Reviews
★
★
★
★
★
Bagus taska ni Alhamdulillahh dh 3tahun ank saya di sini
Google Reviews
★
★
★
★
★
Memang terbaik, harga berpatutan dan anak belajar dgn baik
Google Reviews
★
★
★
★
★
Anak saya sekarang banyak kemajuan...terima kasih taska insan cilik
Google Reviews